
Kita jarang nak menghargai bila sesuatu itu ada di depan mata. Bila dah takde, baru nak tercari-cari.
Kita jarang nak mengungkapkan rasa bila 'dia' di depan kita. Bila dah takde baru nak mengeluh kesah.
Kita jarang nak hargai peluang yang ada. Bila dah takde peluang semacam tu lagi, baru nak sedih-sedih sambil berkata... "Alahai, menyesal pulak tak belajar betul-betul sem lepas"
Orang kata "Tak guna dah. Takde erti lah nak mengungkit benda yang berlalu"
Nabila kata:
"Segalanya dah terjadi, saya dah tak boleh nak buat apa. Yang penting ialah
meneruskan hidup macam biasa. Dah takdir Tuhan begitu, saya kenalah hadapinya.
Nabila? :)
Menghargai yang masih ada? Metod?
Tahu, ada yang masih malu nak salam ayah dan mak masing-masing. Apa lagi nak peluk cium keduanya. "Segan kau..Giler weh..." macam-macam..
Aku diajar untuk menghormati. Jadi, dah biasa untuk menyalami ayah dan mak sebelum ke sekolah atau ke mana-mana. Hormat itu satu metod untuk menghargai.
"Assalamualaikum ayah. Assalamualaikum mak. Along pergi dulu"
Bahagia mengungkapkan kalimah begitu :) Alah, tentu kalian pun begitu, kan?
Rumah. Sebelum pergi kerja, kami adik-beradik salam ayah, pastu ayah kucup dahi kami semua..sorang-sorang. Semua senyum manjang. Kini, masuk 'anak-anak' yang mak jaga, aku bakal punya 7 lagi adik-adik kecil di rumah. "Bye ayah"..jerit mereka buat semua tersenyum. Itu kan janji bahagia??
Dulu, tiada amalan begitu. Makin dewasa, bila diajar dan belajar tentang harga dan menghargai, kami belajar sesuatu..
"Kasih sayang itu lanskap yang perlu dipamerkan"
Bagi sesetengah orang, perkara ni remeh je. Yeke?
Aku pernah 'diajar' tentang sesuatu yang benar terkesan sampai sekarang. Erm..kalimah ini, cuba renung bersama..
"Hargai dan tunjukkanlah rasa kasih sayang kita pada kedua mak dan ayah, sementara mereka masih ada. Jangan sesekali kita punya rasa marah pada mereka. Iakan jauhkan hubungan kita, dan menghilangkan rasa hormat kita. Biar mak ayah pernah membuatkan kita sedih, buat kita marah..buat macam- macam..itu dan ini, mereka tetap mak dan ayah kita. Pegang ini, tanpa mereka ..kita takkan wujud di dunia. Biar apa mereka lakukan pada kita, mereka takkan ada dosa dengan kita. Jika ada..biar Allah yang selesaikan"
Bayangkan jika kita simpan rasa itu dan minta Tuhan balas segala, aduh parah. Kasihan mereka. Tuhan pasti akan mengabulkan doa kita bila kita rasa kita teraniaya. Jadi, tak bolehkan jika kita jadi seorang yang sabar? Tak bolehkah kita menjadi insan yang bersyukur dan lebih menghargai? Ya, sekurangnya kita masih punya mak dan ayah..
Ah, perlukah kita dendami ayah mak yang telah didik, beri makan pakai...sampai dah besar panjang camni? Tergamakkah kita dendami mereka?
Ini untuk bahagia..
"Lupakan dosa orang lain pada kita dan ingat dosa kita pada orang. Lupakan jasa kita pada orang dan ingat jasa orang pada kita"
Praktikalnya dah Rasulullah tunjukkan. Mahu bukti apa lagi? Jika Baginda sebar Islam cara kekerasan, mahukah Jahiliyah jahil itu terima Islam. Ia memerlukan kesabaran, senyuman dan ketenangan. Api lawannya air. Marah lawannya sabar.
Marah cepat tua, kan? :)
Yang lebih bahagia ialah bila kita buangkan dendam dan menghargai. Selagi masih bernyawa dan selagi masih ada kasih sayang yang boleh disebarsemai, kita jalinkanlah ikatan terbaik. Yang hidup dan namanya manusia pasti akan berbuat kesilapan. Orang yang bahagia akan melupakan kesilapan dan menghargai apa yang ada, setulus hati. Sebelum yang disayang pergi, sebelum yang dikasih meninggalkan, sebelum dosa tak terampun..kita belajarlah menghargai.
Mati tiada dateline.
No comments:
Post a Comment